Monday, October 25, 2010

antara mahu dan perlu

bila saya pegang cheque gaji, saya rasa janggal. saya rasa - tiada apa.
tiada rasa kepuasan. tiada rasa berbaloi.

kadang saya hairan, bagaimana orang lain boleh bergembira dengan duit yang mereka tidak perlu berbuat apa-apa pun untuk mendapatkannya? tanpa usaha dan tanpa keringat?

bagaimana sesetengah wanita (atau lelaki) yang boleh 'makan' dengan rakusnya duit sugardaddy (atau sugarmommy) - i mean the real sugardaddy, not your daddy - tanpa rasa bersalah atas kesusahan orang lain?

saya tahu saya merupakan manusia yang tidak bersyukur. tapi satu yang saya pasti - saya benci begini. saya perlu rasa puas. saya perlu rasa bersemangat untuk melakukan yang lebih baik.

p.s: saya BENCI mendapat kebaikan tanpa perlu saya berbuat sesuatu untuk membalasnya.

0 comments: