Adam sejak dari kecil dipukul ayahnya. dikata nakal. banyak makan. anak kecil yang berusia setahun itu terkial-kial bila dilempang kuat bapanya. diherdik 'kau gemuk anak tak sedar diri' berulang kali setiap jam dan setiap hari. bila meningkat umurnya, dia jadi bebal. diajar sehebat mana pun seakan ilmu itu tidak lekat dikepalanya. ini kerna hatinya jadi takut akan semua benda. takut salah. jika salah nanti dilempang lagi. bukankah hati anak kecil ini patut dididik dengan penuh kasih sayang? tangan yang meminta untuk didukung ini bukankah patut kita genggam erat dan bawa dia meneroka dunia? lama2 nanti hati Adam jadi keras. di usia 6 tahun dia hanya terperuk di hujung bilik, melihat rakan2 lain membaca dengan lancar. jika ibubapanya sendiri enggan melembutkan hatinya, siapa lagi yang sudi membantu?
Sal gadis naif. datang dari kampung. lemah lembut gemalai. bila ditegur ayahnya kerna buat kopi tak sedap, menitik airmatanya. bila lihat kucing kesayangannya luka kerna terjatuh longkang, 2-3 hari tangisannya tidak reda. dia percaya semua adalah positif belaka. bila bertemu jodoh dengan Bakar, dia pindah ke bandar mengikut suami tercinta. malangnya Bakar bukan lelaki yang memahami kelembutan hatinya. bila Sal masak tidak tepati citarasanya, habis pinggan dibaling ke dinding. bila Sal sibuk hal peribadinya, habis badan Sal dipukul lebam. tiap hari selama 15 tahun, dia meredam rasa menangis sahaja. hatinya parah bagai disiat-siat. satu hari, entah dari mana kudrat, Sal tikam Bakar dengan pisau dapurnya. bila polis datang tangkap Sal, dia tidak menangis. setitik pun tidak ada. mengapa? sebab hatinya sudah jadi keras. dia jadi negatif. malah, dia bangga dan tersenyum puas melihat Bakar mati terjegil di tangannya. entah bila akan lembut semula hati Sal itu? entahlah.
banyak lagi. terlampau banyak lagi kisah yang menyebabkan hati menjadi keras. menjadi kejam dan penuh dendam.
p.s: semakin banyak penderaan dan kekerasan yang berlaku dalam dunia ini. haih.
1 comments:
Hey i am suuper boy
Post a Comment