Saturday, November 13, 2010

kadang-kadang, ada benda yang tidak akan pernah dapat kita cerita dengan orang sekeliling. walau pedih mana, kita kejap erat di dalam hati. erat sangat, takut terbocor kepada orang yang tidak sepatutnya kita percayai. kita pegang sendiri. tak mahu ada mendekati, tak mahu berkongsi. kadang-kadang bila ada teman prihatin bertanya kita bisik ego 'eh pergilah jauh biar aku kongsi dengan hati sendiri'

sombong.

dah kalau sampai begitu sekali kita sembunyi emosi, terbungkamlah ia menggunung menunggu masa pecah semua. bila tiba saat itu, malam yang dingin terasa sangat ngilu sehingga tanpa sedar ada air mengalir lembut dari mata. bukan kita pinta. ia datang sendiri. aduh, kenapa menusuk-nusuk sakitnya? kalau luka di kaki boleh dibalut lagi, tapi kalau lukanya berada di hati - bagaimana?

apa lagi boleh dilakukan. sudah penat mendesak hati agar berhenti melayan benda karut ini. tapi tetap ia tidak endah. masih tegar melukai mata, menghasilkan tangis yang entah bila akan habis. tak mengapalah. hamburkan semua. keluarlah. moga pedih itu akan hilang. moga rasa itu kembali tenang. moga hati kembali pulih. tidurlah. lelapkan mata. biarlah tidur beralaskan esak tangis, harap hari esok rasa itu sudah tidak ada. dan kembali ceria seperti biasa. senyum dan ketawa mesra.

1 comments:

Farhana Ahmad said...

kita rasa yang sama. let's be strong. esok senyum lagi.