Thursday, April 14, 2011

Degree in GEDIK communication

Baru sahaja selesai membaca warkah pendek Wardina di Facebook. Bak kata dia, manusia sekarang lebih tegar membenci dan mengumpat daripada membantu orang lain untuk berjaya.

Saya setuju.

Saya sentiasa positif ketika menjejak kaki ke tempat kerja. Tak pernah ingin saya berdendam, membenci, mengutuk, mengumpat atau menghina. Eh, bukan kata saya baaaaaikkkk sangat. Tidak. Saya tidaklah malaikat. Kalau orang mengata di belakang, saya pasang ipod lagu gatal Britney, Hold it Against Me di telinga. Cuma saya ingin mengelak dari menjadi manusia yang busuk hatinya. Saya tak kacau orang, harap-harapnya orang tidaklah mengacau saya, boleh gitu?

Bila ada mulut menyampaikan saya ini si gedik, saya tidak marah. Saya ketawa. Sebab apa? Sebab dia kata saya gedik yang terpelajar. Bukan gedik rempit. Haha. Tak sangka gedik terbahagi kepada banyak jenis. Takpe, gedik itu aset kan? :)

Hei, terima kasih kepada penyampai cerita. Nanti saya tanya orang yang cakap ngan u, betul ke i nih gedik terpelajar yang ada degree? Baru adil begitu, dengar daripada kedua belah pihak.

P.s: Bak kata Rebecca "Ignore what people say about you. Jadi diri sendiri. And move on". Buat pengetahuan, Rebecca itu chinese. Dan yang labelkan saya gedik itu melayu. Bekerja bersama 2 bulan. What say you? :)

2 comments:

Farhana Ahmad said...

kita gedik bertempat, tak apa. :) ada my colleague kata "u light up the newsroom somehow". :D

Ayu Qhatami said...

...ko gedik ke dik, rabun kot org tu...x pun pandangannya jenis yg berbalam2 gitu...ko mana gedik...sakan manje jek

..."kak boleh saya tanya sikit..." (dlm hati ckp...budak ni gua picit gak kang...tanya je la main skit2 pulak kekkekekeke)

...abaikan je komen2 tu, depa jeles kot x leh bergedik...kalau gedik pun org x nampak gedik kot...nampak ckp makhluk hilang akal wakakakaka (...eh sapa kata ko gedikzzz...cececeh masih nk tau ...masih nk korek2...kan kerja kita tuh)